Akademi Saga telah ditubuhkan pada Julai 1991 atas komitmen negara untuk membangunkan industri automotif Malaysia. Penubuhan Akademi Saga adalah merupakan cetusan idea Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Mahathir Mohamad yang ingin menjadikan Akademi Saga sebagai pelopor kepada pembangunan juruteknik-juruteknik automotif yang profesional dan berkaliber seterusnya dapat dijadikan sebagai asas yang kuat dalam meningkatkan industri automotif negara.

Pada ketika itu, Akademi Saga merupakan salah sebuah pusat latihan automotif yang diurus selia oleh Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) dengan kerjasama Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) dan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS). Akademi Saga telah dirasmikan pada 16 Julai 1991 oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu yang bertempat di Seksyen 27, Shah Alam, Selangor. Dengan dibekalkan bengkel yang lengkap sepenuhnya, dewan kuliah dan peralatan-peralatan yang termoden dan canggih sejajar dengan keadaan semasa disamping pendedahan kepada cara bekerja yang sebenar kepada para pelatih, Akademi Saga dilihat mampu menjadikan industri automotif di Malaysia berkembang dengan lebih pesat.

Di awal penubuhan Akademi Saga, kumpulan sasar bagi pusat ini ialah belia-belia yang layak dan berminat dalam bidang automotif disamping mempunyai latar belakang pendidikan yang kuat terutama di dalam subjek matematik dan fizik. Pelatih-pelatih ini dikategorikan sebagai perantis di mana mereka akan ditawarkan bekerja di pusat-pusat servis EON diseluruh negara selepas menamatkan program latihan mereka selama setahun. Hasilnya pada masa kini, ramai bekas pelatih Akademi Saga telah menjadi pakar dalam bidang ini dan ramai juga di antara mereka memegang jawatan-jawatan penting di dalam syarikat-syarikat automotif yang terkemuka di Malaysia. Ini kerana, mereka telah dilengkapi dengan pengetahuan yang amat diperlukan oleh industri automotif.

Kepesatan dan perkembangan industri automotif di Malaysia telah berjalan rancak dan untuk memastikan Akademi Saga sentiasa terlibat secara langsung dalam industri ini, banyak perubahan yang penting telah dilalui oleh pusat latihan ini. Kini, pengurusan Akademi Saga telah diletakkan di bawah seliaan HICOM University College Sdn Bhd (HUCSB) yang merupakan anak syarikat penuh milik syarikat terkemuka dalam industri automotif Malaysia iaitu DRB-HICOM. Perubahan ini dilihat dapat membantu Akademi Saga untuk lebih berdaya saing dalam situasi ekonomi semasa yang penuh mencabar dan seterusnya dapat melahirkan lebih ramai pakar-pakar automotif yang berkaliber dan professional.

Akademi Terulung di Malaysia yang dibina untuk melatih para mekanik Proton Saga profesional kini dibuka

MUAT TURUN

Akademi Saga Sekolah Mekanik

MUAT TURUN

IMPIAN ANDA KOMITMEN KAMI
Hak Cipta 2015 © AKADEMI SAGA.