AKADEMI SAGA adalah pusat latihan Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) yang telah ditubuhkan pada Julai 1991 dan merupakan lanjutan komitmen EON terhadap industri automobil negara. EON sedar akan keperluan pelaburan dalam usaha melatih lepasan sekolah dan mekanik yang profesional sejajar dengan arus perkembangan teknologi automobil moden yang semakin pesat. Ini adalah penting supaya mereka dapat memenuhi permintaan industri automobil masa hadapan. Bermula pada April 2012, keseluruhan pengurusan Akademi Saga telah diambil alih oleh HICOM University College Sdn Bhd (HUCSB). HUCSB merupakan syarikat milik penuh DRB-HICOM yang ditubuhkan untuk mengurus dan menyelaras entiti-entiti yang menjalankan pendidikan dan latihan automotif di dalam kumpulan.

Pengambil alihan tersebut dilihat mampu untuk memacu Akademi Saga lebih maju kehadapan untuk menjadi sebuah institusi terunggul dalam menyediakan latihan automotif. Selain Akademi Saga, HUCSB juga merupakan syarikat yang menguruskan sebuah lagi entiti yang menjalankan pendidikan dan latihan automotif iaitu DRB-HICOM University of Automotive Malaysia "DHU".

IMPIAN ANDA KOMITMEN KAMI
Hak Cipta 2015 © AKADEMI SAGA.