Program “Automotive – After Sales Executive merupakan program Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 bagi bidang automotif. Ia merupakan program lanjutan daripada program Sijil Kemahiran Malaysia bagi pelajar-pelajar yang berminat untuk menjadikan bidang automotif sebagai bidang kerjaya. Dengan mengikut standard yang telah ditetapkan, pelajar-pelajar akan dibekalkan dengan pengetahuan asas dan lanjutan dalam mengurus sesebuah organisasi yang menjalankan perkhidmatan selepas jualan di dalam industri automotif. Pelajar-pelajar yang mengikuti program selama 15 bulan ini akan didedahkan dengan aspek-aspek dan kaedah-kaedah pengurusan khidmat selepas jualan yang mengikut standard dan piawaian industri automotif negara.

Bagi memastikan objektif program ini tercapai, sistem pembelajaran bagi program ini telah ditambah dengan kajian-kajian kes semasa di dalam industri automotif bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran para pelajar di dalam aspek pengurusan. Selain itu, pelajar-pelajar juga akan ditempatkan selama 3 bulan di organisasi-organisasi atau syarikat-syarikat automotif yang menjalankan perniagaan perkhidmatan selepas jualan bagi tujuan “on the job training”. Ianya amat penting bagi memastikan para pelajar mempraktikkan segala teori dan pengetahuan yang mereka perolehi dan dapat didedahkan dengan situasi bekerja yang sebenar. Disamping itu juga, ianya mampu memberi impak yang besar kepada para pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan. Peperiksaan akhir akan dijalankan di penghujung program ini untuk menilai tahap pembelajaran & pemahaman pelajar-pelajar bagi setiap modul yang telah diajar.

  • BIL
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • MODUL
  • Administer Rules And Regulations
  • Manage Human Resource Functions
  • Manage Business Strategy And Business Planning
  • Manage Departmental Facility And Equipment
  • Perform Marketing Activities
  • Manage Quality Control Process
  • Manage Inventory Activities
Mohon Sekarang
IMPIAN ANDA KOMITMEN KAMI
Hak Cipta 2015 © AKADEMI SAGA.